MAKLUMAT KEAHLIAN :

Keahlian Persatuan Khairat Kematian Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina adalah terbuka kepada individu yang berumur 21 tahun keatas dan telah menetap lebih 6 bulan di kariah Masjid Taman Tunku Sarina. Yuran pendaftaran sebanyak RM 20.00 (sekali sahaja) dan yuran tahunan RM60.00 (pembayaran sebelum berakhir bulan februari setiap tahun) perlu dijelaskan segera untuk permohonan diproses. Bagi permohonan baru atas talian, pembayaran yuran berjumlah RM 80.00 boleh dilakukan melalui internet banking atau mesin deposit ke akaun Bank Islam dengan nombor akaun 02039010084364 atas nama Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina. Bukti pembayaran hendaklah diemel ke [email protected] atau diserahkan kepada mana- mana ajk PKKKMTTS.

MATLAMAT PERSATUAN :


“ Allah S.W.T. menjadikan Insan, makhluk yang paling mulia. Justeru, manusia ciptaan Allah S.W.T. melalui tatacara hidup yang paling bertamadun di seluruh pelosok muka bumi”.


“Allah S.W.T. juga menentukan setiap yang bernyawa pasti mati. Demikian juga manusia yang wajib menempuh saat ajal kematian takdir Illahi”.


Menyedari pentingnya perihal kematian ini, maka Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al-Ikhlas,Taman Tunku Sarina (PKKKMTTS) No.Pertubuhan : PPM-024-02-21072016 telah diwujudkan selaras dengan hasrat Biro Kebajikan Masjid Al-ikhlas, Taman Tunku Sarina (MAITTS) bagi melaksanakan amanah dalam menjaga perihal kebajikan di dunia dan di akhirat bagi seluruh ahli Kariah Masjid Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina (MAITTS).


FIRMAN ALLAH TAALA (SURAH AN-NISA AYAT 78), MAKSUDNYA :


“DI  MANA  SAJA  KAMU  BERADA,  MAUT  PASTI  AKAN  DATANG  SEKALIPUN  KAMU BERSEMBUNYI DI DALAM MAHLIGAI ATAU BENTENG YANG KUKUH”

Penyediaan  jamuan makan sekali semasa hari kematian & dihantar ke rumah ahli yang jenazah diuruskan dalam kariah Taman Tunku Sarina sahaja untuk 50 orang (kos ditanggung oleh PKKKMTTS. Perkhidmatan pengurusan jenazah di dalam kariah Masjid Al-ikhlas, Taman Tunku Sarina (Masjid Al-ikhlas TTS) seperti mandi / kafan / solat jenazah / pengangkutan van jenazah / pengebumian & bacaan talkin. Sekiranya menggunakan pakej pengurusan  jenazah & pengebumian di luar kariah, maka segala pengurusan diuruskan pihak keluarga / waris si mati & dibantu oleh PKKKMTTS. Pinjaman sejumlah kerusi & peralatan Masjid Al-ikhlas TTS pada hari kematian (atas permintaan waris & penghantaran sendiri oleh keluarga waris). PKKKMTTS menguruskan & mendapatkan ahli  jemaah dari luar kariah Masjid Al-ikhlas TTS untuk solat jenazah atas permintaan waris / keuarga si mati (semua kos pengangkutan / wang hadiah ditanggung keluarga waris). Secara  tidak  langsung ahli PKKKMTTS terlibat  dengan  program wakaf & kebajikan, sumbangan derma, kursus – kursus pendidikan, aktiviti & karnival tahunan dan mesyuarat agung tahunan yang diurus oleh jawatankuasa PKKKMTTS & Biro Kebajikan Masjid Al-ikhlas TTS.

ALIRAN URUSAN JENAZAH (SEMASA BERLAKU KEMATIAN)


JIKA BERLAKUNYA KEMATIAN SILA HUBUNGI :

IMAM MASJID TTS : Tuan Haji Mohamad Asri Bin Othman   (013 - 428 0569)  ATAU

PENGERUSI PKKKMTTS : En. Budi Ismadi Bin Ismail    (019 - 4095989)


PENGESAHAN KEMATIAN :

  1. Waris perlu menghubungi pihak Masjid Al-Ikhlas TTS @ PKKKMTTS untuk memaklumkan kematian.
  2. Berbincang dengan kaum keluarga tentang tempat pengebumian.
  3. Masjid Al-Ikhlas TTS & PKKKMTTS menyediakan liang perkuburan bagi ahlinya iaitu di Tanah Perkuburan Rhaudatul Jannah (Tapak bersebelahan Apartment Kos Rendah, Taman Tunku Intan Safinaz). Sekiranya ingin dikebumikan di tempat lain, perkara tersebut diuruskan waris keluarga sendiri dan dibantu selia oleh PKKKMTTS.
  4. Waris perlu mendapatkan Sijil Mati & Kebenaran Pengebumian daripada pihak Polis/Hospital. Satu salinan diserahkan kepada pihak Masjid Al-Ikhlas TTS / PKKKMTTS sebagai rekod, dan satu salinan asli (warna biru) untuk urusan pihak Tanah Perkuburan.
  5. Keperluan dokumen PKKKMTTS ialah Salinan Kad Pengenalan si mati, Salinan Sijil Kematian, Salinan Permit Kubur. Dokumen tambahan lain yang diperlukan oleh PKKKMTTS ialah Salinan Surat Pihak Hospital (jika mati di hospital) dan Surat Laporan pihak Polis PDRM (jika mati kemalangan).

Alamat

PKKKMTTS
Masjid  Al-Ikhlas, Taman Tunku Sarina Bandar Darulaman
06000 Jitra, Kedah

No. Telefon

Facebook MTTS

Daftar Keahlian :

Semakan Keahlian :

 

Jawatankuasa Khairat:

Pengerusi

Timb. Pengerusi

Setiausaha

Timb. Setiausaha

Bendahari

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa